SEJARAH SEKOLAH

SK Alor Janggus ditubuhkan pada tahun 1956. Asalnya dua buah bangunan papan satu tingkat (blok A & blok B) yang digunakan hingga kini. Perasmian sekolah ini disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah yang pada masa itu ialah Tengku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Mac 1957. pada tahun 1970, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan. Bangunan itu siap didirikan pada tahun 1971 dan dinamakan bangunan blok C seperti yang ada sekarang.

SK Alor Janggus terus maju dan berkembang sehingga sebuah lagi bangunan satu tingkat dibina dalam tahun 1989 bernilai RM40,000.00 iaitu blok D. Dalam tahun yang sama Pusat Kegiatan Guru juga didirikan dalam kawasan sekolah.

Kini, SK Alor Janggus mengembangkan sayapnya dengan mempunyai sebuah bangunan empat tingkat yang telah siap dibina padaDisember 2009. Sebelum ini,sesi persekolahan hanya berlaku pada sebelah pagi sahaja, namun setelah bermulanya pembinaan bangunan baru ini, sesi persekolahan telah dijalankan di sebelah petang juga.

Dan kini bangunan baru ini siap penuh dibina, sesi persekolahan dijalankan pada waktu pagi seperti biasa.

<< KEMBALI