Syarat Menjadi HEBAT Ialah MEMBACA

Pendidikan berterusan melalui amalan membaca

 

abouttheprojectphoto

 

Transformasi pendidikan yang sebenar menurut Nawi Ismail, Pelita Bahasa, September 2013, pada masa ini adalah merealisasikan amalan membaca di kalangan pelajar. Beliau menekankan kepentingan membaca.

Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu perlu mengadakan aktiviti membaca dan membuat rujukan sebelum aktiviti penulisan dalam karangan.

Pelbagai program diadakan di sekolah untuk memupuk budaya membaca. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam), Program Majalah dalam Kelas (MDK) dan Akhbar Dalam Darjah (ADD) merupakan antara usaha untuk memupuk budaya membaca di kalangan murid.

Budaya membaca wajar mendarah daging dalam setiap individu selaras dengan matlamat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Namun, amalan membaca di kalangan murid hanya dilihat ketika di sekolah dan semasa menghadapi peperiksaan. Mereka membaca buku teks dan nota yang disediakan oleh guru. Read more…

Dilema guru, PBS dan SPPBS – Mohd Solihin Che Rozali

January 22, 2014

PBS atau lebih dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah, merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh dan holistik.

Ini kerana ia memberi penekanan dari aspek JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia juga mentaksir dan menilai bidang akademik dan bukan akademik berbanding dengan pentaksiran sedia ada yang lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan.

Bagaimana ia berlangsung? Teruskan bacaan anda! Read more…

Pemetaan KSSR Tahun 1 Pendidikan Islam

Oktober 8, 2011 3 comments

Salam,

Setelah bertungkus-lumus selama sebulan mencari bahan dan membuat pemetaan bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam KSSR Tahun Satu. Berikut adalah link manafaat tersebut:

Dokumen format PDF: PEMETAAN STANDARD PRESTASI KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

Dokumen format word: PEMETAAN STANDARD PRESTASI KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

Untuk makluman semua, dibahagian Jawi telah dikosongkan bahan yang terlibat untuk penilaian. Jadi semua sahabat boleh masukkan berdasarkan perkembangan semasa.

Terima Kasih. ADMIN

Ramadhan & Al Quran

Julai 31, 2011 1 komen

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Kategori:Aktiviti Tags: ,

DOKUMEN STANDARD KSSR TAHUN 2

Julai 14, 2011 2 comments

by selaisepinggang

Salam semua,

Disini saya lampirkan Dokumen Standard KSSR bagi Tahun Dua untuk perlaksanaan bagi tahun hadapan 2012.

  1. Dokumen Standard Bahasa Arab Tahun Dua
  2. Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun Dua

Sila klik pada link untuk muat turun dokumen.

Terima kasih.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menerbitkan dokumen Standard Prestasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Berikut adalah capaian dokumen tersebut yang boleh menjadi rujukan semasa mengisi borang prestasi Online SPPBS.

i. Falsafah Pendidikan Negara KLIK DI SINI
1. Pendahuluan KLIK DI SINI
2. Tafsiran KLIK DI SINI
3. Kerangka Standard Prestasi KLIK DI SINI
4. Tafsiran Band KLIK DI SINI
5. Dokumen Standard Prestasi
5.1   Bahasa Malaysia KLIK DI SINI
5.2   Bahasa Inggeris KLIK DI SINI
5.3   Bahasa Cina
5.4   Bahasa Tamil
5.5   Bahasa Arab KLIK DI SINI
5.6   Matematik KLIK DI SINI
5.7   Pendidikan Islam KLIK DI SINI
5.8   Pendidikan Moral KLIK DI SINI
5.9   Pendidikan Jasmani KLIK DI SINI
5.10 Pendidikan Kesihatan KLIK DI SINI
5.11 Dunia Sains dan Teknologi KLIK DI SINI
5.12 Dunia Muzik KLIK DI SINI
5.13 Dunia Seni Visual KLIK DI SINI
5.14 Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi KLIK DI SINI

Manakala bagi capaian akses Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) boleh di terus ke alamat ini:

http://apps.moe.gov.my/sppbs/

Sila klik pada butang guru dan masukkan id serta katakunci yang telah didaftarkan oleh S.U Peperiksaan (Sila rujuk SU Peperiksaan Sekolah untuk maklumat lanjut).

Borang Pentaksiran KSSR Bahasa Arab

Mei 23, 2011 1 komen

Salam,

Saya baru sahaja selesai bersama rakan saya Ustaz Azizuddin berbincang berkaitan pentaksiran KSSR minggu ini. Sama seperti Pentaksiran KSSR Pendidikan Islam, kami dapati bahan untuk bahasa arab turut amat sulit didapati. Maka kami telah sediakan beberapa borang dan instrumen yang telah direka dan dibuat penambah baikan untuk rakan2 semua.

Manakala bagi standard prestasi bahasa arab telah diberi pemurnian.Jika ada kesalahan maafkan kami.

Kredit saya berikan kepada Ustazah Noorul Huda dan Ustaz Syahmi SK Gurun (Pusat) yang telah kami dapat bahan dan diedit daripada bahan mereka.

  1. Borang Pentaksiran Sumatif Individu BA
  2. Borang Pentaksiran Kelompok BA
  3. Borang Pentaksiran Sumatif Carta Pengembangan Individu
  4. Deskriptor Standard Prestasi BAHASA ARAB

Semoga rakan2 mendapat banyak manfaat dari maklumat ini. Jika ada bahan yang boleh dikongsi sila maklumkan di FB say atau e-mail ke hismuzen@yahoo.com.my.

UPDATE: Makluman kepada semua rakan. Standard Prestasi dan borang prestasi murid telah disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk S.U Peperiksaan Sekolah anda.

TK

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.