Archive

Archive for the ‘Motivasi & Nasihat’ Category

Syarat Menjadi HEBAT Ialah MEMBACA

Pendidikan berterusan melalui amalan membaca

 

abouttheprojectphoto

 

Transformasi pendidikan yang sebenar menurut Nawi Ismail, Pelita Bahasa, September 2013, pada masa ini adalah merealisasikan amalan membaca di kalangan pelajar. Beliau menekankan kepentingan membaca.

Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu perlu mengadakan aktiviti membaca dan membuat rujukan sebelum aktiviti penulisan dalam karangan.

Pelbagai program diadakan di sekolah untuk memupuk budaya membaca. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam), Program Majalah dalam Kelas (MDK) dan Akhbar Dalam Darjah (ADD) merupakan antara usaha untuk memupuk budaya membaca di kalangan murid.

Budaya membaca wajar mendarah daging dalam setiap individu selaras dengan matlamat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Namun, amalan membaca di kalangan murid hanya dilihat ketika di sekolah dan semasa menghadapi peperiksaan. Mereka membaca buku teks dan nota yang disediakan oleh guru. Baca selanjutnya…

Gaji Bukanlah Segala-Galanya

Saya menemui Halim, seorang katerer sewaktu menghadiri sebuah majlis sambutan aidilfitri di rumah kenalan di pinggir Kuala Lumpur. Setelah berkenal-kenalan, baharulah saya tahu, dia jugalah katerer untuk majlis itu. Makanannya enak-enak. Para petugasnya pun ramai. Sekitar 20 orang untuk majlis sepanjang hari minggu itu.

Saya bertanya, mengapa mengambil petugas yang ramai. Padahal, pada saya, sepuluh orang petugas pun sudah memadai kerana para tetamu lebih selesa mengambil makanan secara layan diri. Lagi pun, majlis aidilfitri tidak begitu sesak seperti majlis perkahwinan di mana waktu kedatangan tetamu biasanya dihadkan sekitar empat jam. Suasana amat santai.

Kata Halim, dia tidak sampai hati untuk mengurangkan jumlah petugasnya walaupun ramai di antara mereka hanya pekerja sambilan kerana masing-masing sudah bersamanya lebih tiga tahun. Biarlah dia membayar lebih sedikit asalkan semua para pekerjanya dapat duit poket. Lagipun, mereka mesra sesama mereka seperti adik beradik. Daripada penerangannya, saya rasa Halim baik hati orangnya.

Mengikut Halim, masing-masing tahu tugas masing-masing. Dengan kecekapan dan kebiasaan melakukan kerja, yang lelaki dapat memasang empat khemah yang lengkap dengan kain hiasan bersama dengan kerusi dan meja bersarung dalam masa sejam. Yang perempuan pula pantas mengatur periuk, mangkuk, pinggan, piring serta sudu dan garpu setengah jam selepas itu.

“Untungnya abang kerana ada ramai pekerja yang cekap. Tetapi abang tak ada penyelia atau mandor ke, sampai kena selia sendiri?” soal saya. “Ketua bebudak tu dah berhenti sebelum puasa. Inilah sebabnya abang sendiri kena turun padang,” jawab Halim. Kata-katanya itu mengkagetkan saya.

“Entahlah. Dia berhenti kerana dapat kerja dengan katerer lain. Di sana, dia dapat gaji lebih seratus ringgit daripada bekerja dengan saya. Saya nasihatkannya, supaya fikir habis-habis sebelum meletakkan jawatan. Tapi dia degil. Sudahnya, sayalah yang kena ganti dia buat sementara waktu, sebelum saya pilih salah seorang daripada pekerja yang ada untuk jadi penyelia,” ujar Halim dengan panjang lebar.

“Baru sebentar tadi penyelia saya yang berhenti tu telefon merayu-rayu hendak bekerja semula.” Kenyataan Halim itu menarik perhatian. “Kenapa?” tanya saya. “Katanya, walaupun gajinya di tempat baru bertambah seratus ringgit, nilai kerja yang terpaksa dia buat melebihi tiga ratus ringgit! Dia bukan sahaja menjadi penyelia tetapi mengambil tempahan daripada pelanggan, membeli barang basah dan pemandu pekerja! Di tempat saya, dia hanya arah-arah pekerja sahaja.”

“Habis tu, abang nak ambil dia balik, tak?” Soalan saya dijawab dengan gelengan perlahan. “No way! Saya tak ambil dia kerana dia asyik memikirkan soal gaji. Padahal, gaji bukan segala-galanya,” katanya lalu bangkit dan berlalu melayani para pengunjung.

Kata-kata Halim membuatkan saya berfikir. Lalu menyedari ada di antara kita terlalu mengutamakan gaji daripada lain-lain faktor. Apabila memohon kerja, perkara utama yang diambil kira adalah gaji. Syarikat mana yang menawarkan gaji lebih tinggi, di sanalah tempat kita pilih untuk bekerja.

Kita tidak memikirkan sama ada gaji yang diberi benar-benar setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Atau, gaji yang dijanjikan benar-benar akan diberi pada penghujung bulan. Apabila hendak bekerja di tempat baharu pun, faktor gaji juga yang asyik diambil kira sebagai faktor utama.

Soal sama ada jarak daripada rumah ke tempat kerja, teman-teman di tempat kerja, kemudahan-kemudahan pekerja, kepatuhan syarikat mengikuti hak-hak pekerja, bentuk kerja-kerja yang bakal dilakukan termasuk perangai bos, tinggal kabur di benak fikiran. Akhirnya, apabila mula bertugas dan kita berdepan dengan faktor-faktor lain seperti kemudahan syarikat, majikan, rakan sekerja, suasana kerja, bidang tugas, malah sempit atau luasnya meja kita, jauh atau dekatnya pejabat dengan tempat makan, maka baharulah terfikir bahawa soal gaji bukan faktor nombor satu.

Pada ketika itu, walaupun berasa kesal dengan keputusan yang diambil, kita tidak mampu mengubahnya kerana sudah terperangkap di dalam putaran sikap yang kita pilih sendiri. Jika kita cepat sedar, mudahlah kita berundur. Andainya kita lalai, maka gaji itu sepatutnya digunakan untuk membeli ubat hati.

Artikel iluvislam.com | Norden Mohamed | Editor: Team Agama

Memberi Menambah Kelebihan Diri

source: http://www.earthmothercrafts.com

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk. Baca selanjutnya…

KESILAPAN KETIKA SOLAT BERJEMAAH

KESALAHAN MAKMUM

1. Tidak bersegera menempati saf pertama bagi orang yang datang lebih dahulu
Sebahagian orang datang cepat ke masjid dan melihat banyak tempat yang masih kosong di saf pertama, tetapi lebih suka di duduk saf belakang , ada yang sengaja duduk saf belakang agar boleh bersandar pada tiang atau dinding masjid. 

Semua ini menyalahi perintah Nabi SAW agar bersegera menempatkan di saf pertama.

Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا

“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )


Dan Rasulullah SAW mengancam bagi orang yang sengaja bahkan bersenang lenang di saf belakang/akhir.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ

Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda: majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian. Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Ta’ala dari rahmat-Nya. (HR. Muslim dari Abu Sa’id al Khudriy)

2. Tidak menegakkan (meluruskan dan merapatkan) shof sholat berjama’ah
Menegakkan saf adalah hal yang sangat penting atas dasar prinsip  dalam solat berjamaah.

Sabda Rasulullah SAW :
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

“Luruskanlah Saf-saf kalian, sesungguhnya meluruskan shaf adalah termasuk menegakkan solat” 

  

 

*Klik untuk besarkan

‎11 jenis manusia yang didoa malaikat

Salam,

Tersebut adalah golongan yang didoakan malaikat. Moga-moga Allah memasukkan kita dalam golongan ini.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

…Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” Baca selanjutnya…

Nuzul Quran

Salam,

Allahumma solli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin solatan takunu laka ridhoan walihaqqihi ada’an bi ‘adadi thawabi hurufil qur’an fi sahri romadhona wa ‘ala alihi wasohbihi wasallim.

Peristiwa Nuzul Quran Baca selanjutnya…

Anakku, biarlah Ramadhan mendidikmu!

Bismillahirohmanirohim… assalamualaikum

Allahumma solli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin solatan takunu laka ridhoan walihaqqihi ada’an bi ‘adadi thawabi hurufil Qur’an fi sahri Romadhona wa ‘ala alihi wasohbihi wasallim.

Anakku, Bulan Ramadhan Bulan Diberkati semakin tiba. Adakah kita sempat menjenguk Ramadhan? sempatkah kita bersama ayah & ibu serta keluarga sehingga penghujung Ramadhan atau tiba Ramadhan Tahun Hadapan?

Ya Allah Berkatilah kami, Ampunilah kami, ibu bapa kami, keluarga kami, muslimin muslimat, mukminin mukminat. Jangan lah Dikau palingkan hati kami Ya Allah dri keberkatan agamamu, kenikmatan syurgamu, petunjuk hidayahmu Ya Rahman Ya Rahim.

Anakku lakukanlah amalan yang dinyatakan dibawah. Insya Allah moga kita mendapat Rahmat Allah di dunia & di Akhirat. Baca selanjutnya…