Archive

Archive for the ‘Guru – Cikgu – Mu'alim’ Category

Dilema guru, PBS dan SPPBS – Mohd Solihin Che Rozali

January 22, 2014

PBS atau lebih dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah, merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh dan holistik.

Ini kerana ia memberi penekanan dari aspek JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia juga mentaksir dan menilai bidang akademik dan bukan akademik berbanding dengan pentaksiran sedia ada yang lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan.

Bagaimana ia berlangsung? Teruskan bacaan anda! Baca selanjutnya…

Borang Pentaksiran KSSR Bahasa Arab

Mei 23, 2011 1 komen

Salam,

Saya baru sahaja selesai bersama rakan saya Ustaz Azizuddin berbincang berkaitan pentaksiran KSSR minggu ini. Sama seperti Pentaksiran KSSR Pendidikan Islam, kami dapati bahan untuk bahasa arab turut amat sulit didapati. Maka kami telah sediakan beberapa borang dan instrumen yang telah direka dan dibuat penambah baikan untuk rakan2 semua.

Manakala bagi standard prestasi bahasa arab telah diberi pemurnian.Jika ada kesalahan maafkan kami.

Kredit saya berikan kepada Ustazah Noorul Huda dan Ustaz Syahmi SK Gurun (Pusat) yang telah kami dapat bahan dan diedit daripada bahan mereka.

  1. Borang Pentaksiran Sumatif Individu BA
  2. Borang Pentaksiran Kelompok BA
  3. Borang Pentaksiran Sumatif Carta Pengembangan Individu
  4. Deskriptor Standard Prestasi BAHASA ARAB

Semoga rakan2 mendapat banyak manfaat dari maklumat ini. Jika ada bahan yang boleh dikongsi sila maklumkan di FB say atau e-mail ke hismuzen@yahoo.com.my.

UPDATE: Makluman kepada semua rakan. Standard Prestasi dan borang prestasi murid telah disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk S.U Peperiksaan Sekolah anda.

TK

Bahan KSSR dan Borang Pentaksiran KSSR Pendidikan Islam

Salam,

Melihatkan betapa susahnya kita untuk mencari item dan bahan KSSR berkaitan Pendidikan Islam. Berikut saya telah sediakan beberapa borang dan intrumen yang telah direka dan dibuat penambah baikan untuk rakan2 semua.

Kredit saya berikan kepada SPI Penang dan Sahabat baik saya, Che Mi yang banyak membantu.

  1. Borang Pentaksiran Sumatif Individu PI
  2. Borang Pentaksiran Kelompok PI
  3. Borang Pentaksiran Sumatif Carta Pengembangan Individu
  4. Deskriptor Pentaksiran KSSR PI

Semoga rakan2 mendapat banyak manaffat dari maklumat ini. Jika ada bahan yang boleh dikongsi sila maklumkan di FB say atau e-mail ke hismuzen@yahoo.com.my.

UPDATE: Makluman kepada semua rakan. Standard Prestasi dan borang prestasi murid telah disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk S.U Peperiksaan Sekolah anda.

TK

Modul Standard P & P Pendidikan Agama Islam

Modul telah diupload di menu box untuk semua. Harap di bahan dapat di manafaatkan. TK

  1. Modul Al Quran
  2. Modul Jawi / Pemulihan Jawi
  3. Modul Ibadah
  4. Modul Akidah
  5. Modul Akhlak
  6. Modul Sirah

Gaji Bukanlah Segala-Galanya

Saya menemui Halim, seorang katerer sewaktu menghadiri sebuah majlis sambutan aidilfitri di rumah kenalan di pinggir Kuala Lumpur. Setelah berkenal-kenalan, baharulah saya tahu, dia jugalah katerer untuk majlis itu. Makanannya enak-enak. Para petugasnya pun ramai. Sekitar 20 orang untuk majlis sepanjang hari minggu itu.

Saya bertanya, mengapa mengambil petugas yang ramai. Padahal, pada saya, sepuluh orang petugas pun sudah memadai kerana para tetamu lebih selesa mengambil makanan secara layan diri. Lagi pun, majlis aidilfitri tidak begitu sesak seperti majlis perkahwinan di mana waktu kedatangan tetamu biasanya dihadkan sekitar empat jam. Suasana amat santai.

Kata Halim, dia tidak sampai hati untuk mengurangkan jumlah petugasnya walaupun ramai di antara mereka hanya pekerja sambilan kerana masing-masing sudah bersamanya lebih tiga tahun. Biarlah dia membayar lebih sedikit asalkan semua para pekerjanya dapat duit poket. Lagipun, mereka mesra sesama mereka seperti adik beradik. Daripada penerangannya, saya rasa Halim baik hati orangnya.

Mengikut Halim, masing-masing tahu tugas masing-masing. Dengan kecekapan dan kebiasaan melakukan kerja, yang lelaki dapat memasang empat khemah yang lengkap dengan kain hiasan bersama dengan kerusi dan meja bersarung dalam masa sejam. Yang perempuan pula pantas mengatur periuk, mangkuk, pinggan, piring serta sudu dan garpu setengah jam selepas itu.

“Untungnya abang kerana ada ramai pekerja yang cekap. Tetapi abang tak ada penyelia atau mandor ke, sampai kena selia sendiri?” soal saya. “Ketua bebudak tu dah berhenti sebelum puasa. Inilah sebabnya abang sendiri kena turun padang,” jawab Halim. Kata-katanya itu mengkagetkan saya.

“Entahlah. Dia berhenti kerana dapat kerja dengan katerer lain. Di sana, dia dapat gaji lebih seratus ringgit daripada bekerja dengan saya. Saya nasihatkannya, supaya fikir habis-habis sebelum meletakkan jawatan. Tapi dia degil. Sudahnya, sayalah yang kena ganti dia buat sementara waktu, sebelum saya pilih salah seorang daripada pekerja yang ada untuk jadi penyelia,” ujar Halim dengan panjang lebar.

“Baru sebentar tadi penyelia saya yang berhenti tu telefon merayu-rayu hendak bekerja semula.” Kenyataan Halim itu menarik perhatian. “Kenapa?” tanya saya. “Katanya, walaupun gajinya di tempat baru bertambah seratus ringgit, nilai kerja yang terpaksa dia buat melebihi tiga ratus ringgit! Dia bukan sahaja menjadi penyelia tetapi mengambil tempahan daripada pelanggan, membeli barang basah dan pemandu pekerja! Di tempat saya, dia hanya arah-arah pekerja sahaja.”

“Habis tu, abang nak ambil dia balik, tak?” Soalan saya dijawab dengan gelengan perlahan. “No way! Saya tak ambil dia kerana dia asyik memikirkan soal gaji. Padahal, gaji bukan segala-galanya,” katanya lalu bangkit dan berlalu melayani para pengunjung.

Kata-kata Halim membuatkan saya berfikir. Lalu menyedari ada di antara kita terlalu mengutamakan gaji daripada lain-lain faktor. Apabila memohon kerja, perkara utama yang diambil kira adalah gaji. Syarikat mana yang menawarkan gaji lebih tinggi, di sanalah tempat kita pilih untuk bekerja.

Kita tidak memikirkan sama ada gaji yang diberi benar-benar setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Atau, gaji yang dijanjikan benar-benar akan diberi pada penghujung bulan. Apabila hendak bekerja di tempat baharu pun, faktor gaji juga yang asyik diambil kira sebagai faktor utama.

Soal sama ada jarak daripada rumah ke tempat kerja, teman-teman di tempat kerja, kemudahan-kemudahan pekerja, kepatuhan syarikat mengikuti hak-hak pekerja, bentuk kerja-kerja yang bakal dilakukan termasuk perangai bos, tinggal kabur di benak fikiran. Akhirnya, apabila mula bertugas dan kita berdepan dengan faktor-faktor lain seperti kemudahan syarikat, majikan, rakan sekerja, suasana kerja, bidang tugas, malah sempit atau luasnya meja kita, jauh atau dekatnya pejabat dengan tempat makan, maka baharulah terfikir bahawa soal gaji bukan faktor nombor satu.

Pada ketika itu, walaupun berasa kesal dengan keputusan yang diambil, kita tidak mampu mengubahnya kerana sudah terperangkap di dalam putaran sikap yang kita pilih sendiri. Jika kita cepat sedar, mudahlah kita berundur. Andainya kita lalai, maka gaji itu sepatutnya digunakan untuk membeli ubat hati.

Artikel iluvislam.com | Norden Mohamed | Editor: Team Agama

Guru Penjana Modal Insan Gemilang – Terima Kasih Guru

Artikel Oleh DR. ISMAIL ZAIN

Kemahiran dan keilmuan merupakan dua aspek yang penting yang perlu dimiliki oleh setiap insan sebagai modal untuk bergerak mencapai kejayaan. Kecemerlangan pula ialah aras kejayaan yang maksimum dalam sesuatu pencapaian. Manakala kegemilangan adalah puncak kecemerlangan yang dilakukan secara berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam ruang lingkup ini sejauhmanakah pengukuran kita terhadap insan yang kita didik ini untuk mencapai taraf “kegemilangan” yang menjadi aspirasi negara?

Mungkin ada yang meletakkan jumlah bilangan pencapaian status “A” dalam satu-satu keputusan peperiksaan atau penggondolan hadiah atau anugerah dalam sesuatu acara sebagai taraf kegemilangan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengikhtirafan perlu diberi setimpal dengan pencapaian. Tetapi pada saya taraf “kegemilangan” harus dilihat sebagai kecemerlangan yang berterusan yang mampu membawa perubahan diri serta memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat, agama dan negara.

Sebagai contoh negara kita telah mencapai kecemerlangan bermula dengan kejayaan mencapai kemerdekaan, kejayaan dalam bidang pertanian, kejayaan dalam bidang perindustrian, kejayaan dalam bidang pendidikan, kejayaan dalam bidang sukan serta akhir-akhir ini kejayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kejayaan-kejayaan ini yang membawa kepada kecemerlangan pembangunan bukan berakhir begitu sahaja dalam satu-satu era pembangunan tetapi ia harus melalui proses penambahbaikan yang dijalankan secara berterusan. Kejayaan melalui proses penambahbaikan secara berterusan inilah yang boleh dianggap sebagai “kegemilangan”.

Dengan ertikata yang lain taraf kegemilangan adalah merupakan beberapa siri kecemerlangan berdasarkan kejayaan secara total dalam pelbagai bidang yang diperoleh melalui beberapa penambahbaikan secara berterusan.

Dalam menjana modal insan yang gemilang, penelitian harus dibuat terhadap sejauhmanakah “modal” yang ada pada seseorang itu mampu membawa “kegemilangan” dan bukan sekadar “kejayaan dan kecemerlangan”. Negara tidak hanya mahu mempunyai pelajar atau guru yang cemerlang diatas kejayaannya sehinggakan pula ada pihak yang tertentu cuba mengambil kesempatan di atas kecemerlangan itu, tetapi pada saya negara pasti inginkan insan yang mampu mencapai kecemerlangan ini secara berterusan, mencari idea, membuat inovasi, membuat penambahbaikan supaya akhirnya mampu memberi sumbangan secara ikhlas kepada anak-anak bangsa. Inilah dikatakan kegemilangan!

Kita bimbang jika dengan hanya beberapa kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh seseorang itu sudah dianggap mencapai taraf “kegemilangan”, berkemungkinan pengikhtirafan ini menjadikan seseorang insan itu riak, lupa daratan serta terpengaruh dengan unsur yang boleh memesongkan niat, keikhlasan dan wawasan pada usia yang masih muda. Dengan itu taraf “gemilang” akan tercemar dan usaha untuk mewujudkan “modal insan gemilang” tidak tercapai.

Dalam hal ini saya ingin menyeru pada golongan pelajar khususnya agar berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan yang tiada noktahnya., Setiap kejayaan harus digandakan usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kecemerlangan ini harus dapat dimanfaat bersama ke arah kegemilangan! Janganlah kerana jumlah “A” atau sebarang gred yang diperoleh melemahkan semangat kita atau menjadikan kita lupa daratan. Gred hanya sebagai satu petanda peringatan untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kesyukuran terhadap sebarang kejayaan harus menjadi amalan tetapi ini bukan bermakna sudah berpuas hati serta menganggap diri kita sudah berada di tahap tinggi.

Dalam usia yang masih muda “janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit” selepas mencapai kejayaan. Setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ayah dan ibu, guru serta masyarakat harus dikenang seumur hidup. Janganlah kerana mengajar kejayaan mereka ini diabaikan.

Semoga kegemilangan dalam erti kata yang sebenarnya dapat dicapai oleh setiap insan.