Utama > Motivasi & Nasihat > Anakku, biarlah Ramadhan mendidikmu!

Anakku, biarlah Ramadhan mendidikmu!

Bismillahirohmanirohim… assalamualaikum

Allahumma solli wasallim ‘ala sayyidina muhammadin solatan takunu laka ridhoan walihaqqihi ada’an bi ‘adadi thawabi hurufil Qur’an fi sahri Romadhona wa ‘ala alihi wasohbihi wasallim.

Anakku, Bulan Ramadhan Bulan Diberkati semakin tiba. Adakah kita sempat menjenguk Ramadhan? sempatkah kita bersama ayah & ibu serta keluarga sehingga penghujung Ramadhan atau tiba Ramadhan Tahun Hadapan?

Ya Allah Berkatilah kami, Ampunilah kami, ibu bapa kami, keluarga kami, muslimin muslimat, mukminin mukminat. Jangan lah Dikau palingkan hati kami Ya Allah dri keberkatan agamamu, kenikmatan syurgamu, petunjuk hidayahmu Ya Rahman Ya Rahim.

Anakku lakukanlah amalan yang dinyatakan dibawah. Insya Allah moga kita mendapat Rahmat Allah di dunia & di Akhirat.

Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Ramadhan

# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah.

Anakku, pilihlah amalan yang sesuai dan mampu kita buat tetapi berterusan.Insya Allah dengan kuasa Allah kita dapat disiplinkan diri kita dengan ibadat dan sunnatullah ini bagi memastikan kita terbaik di dunia & akhirat. Allahu Akbar!!

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: