Arkib

Archive for September 2009

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh SKAJ

September 27, 2009 Tinggalkan komen

Alhamdulillah, Syukur kepada Ni’mat Allah.

UPSR telah berlalu.

Tanggal 16 September 2009M (Bersamaan 24 Ramadhan 1430H), Pihak Sekolah dan PIBG SKAJ telah bersama-sama menggerakkan Majlis Tahlil & Berbuka Puasa bertempat di Kafetaria Sekolah.

Turut bersama YDP PIBG SKAJ, En. Zaini dan AJK PIBG yang bersama-sama menggerakkan aktiviti barakah ini.

En. Zaini (YDP PIBG SKAJ) bersama murid-murid

En. Zaini (YDP PIBG SKAJ) bersama murid-murid

Guru-guru membantu mengedarkan juadah berbuka puasa

Guru-guru membantu mengedarkan juadah berbuka puasa

Majlis ini turut disusuli dengan Tahlil untuk Sahabat (Bekas AJK PIBG SKAJ) Allahyarham En. Mohd Fauzi dengan diketuai oleh al-Ustaz Rosli Bakar. Seterusnya dengan majlis berbuka puasa.

Majlis diteruskan dengan Solat Berjemaah Maghrib, Isyak dan Solat Tarawikh.

Siap sedia berbuka

Siap sedia berbuka

Tahlil untuk Allahyarham En. Mohd Fauzi

Tahlil untuk Allahyarham En. Mohd Fauzi

Dan diselang dengan Tazkirah dan Majlis Serahan Derma dari PIBG kepada Keluarga Allahyarham En. Mohd Fauzi.

Namun, keluarga Allahyarham En. Mohd Fauzi turut menyumbang kembali kepada PIBG sumbangan untuk Tabung.

Setelah Solat Tarawikh, Majlis disudahi dengan Moreh.

Sumbangan kepada waris Allahyarham En. Mohd Fauzi

Sumbangan kepada waris Allahyarham En. Mohd Fauzi

Tazkirah Ramadhan oleh ustaz Kamaruddin Ahmad

Tazkirah Ramadhan oleh ustaz Kamaruddin Ahmad

Solat Berjemaah

Solat Berjemaah

Kategori:Aktiviti

SIAPSIAGA UPSR 2009!

upsr5a

Salam Berjuang!

Anak-anak Tahun 6 SKAJ,

Ayah Ibu disini mendoakan Kejayaan Anda SEMUA.

Ingat Rasulullah telah BERJAYA ketika berjuang pada Bulan Ramadhan,

Umat Islam amat kuat Kekuatannya Ketika Bulan Ramadhan.

Jadi YAKIN, USAHA, DOA & TAWAKAL Asas Kejayaan Anda Semua.

Ma’ruff!

exam-upsr

SYABAS anak-anak SKAJ

puasa

Alhamdulillah, sesi persekolahan telah bermula kembali. Tapi kali ini dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.

Anak-anak kecil sangat hebat. Sejak kecik sudah diasuh berpuasa. 

Lafaz niat Puasa

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

Dengan niat berpuasa, anak-anak ini dilihat tabah dan pada yang tidak berpuasa tidak mahu menjamah bekal yang dibawa. Semuanya kerana NIAT PUASA.  Hebat!

 

Kali ini dalam bulan Ramadhan juga, sekolah tampak agak sunyi. Mungkin letih agaknya.

Jangan takut anak-anak. PUASA mengajar kita erti Kesabaran, Ketaqwaan, dan Keimanan.

Orang yang SABAR, BERTAQWA & BERIMAN tidak letih dengan PUASA.

 

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Kuatkan ya diri anak-anak. Ingat kejayaan Rasulullah di Badar pada Bulan Ramadhan juga.

Amin!